Sejarah SMA di Terengganu

Sejarah tentang pengenalan sekolah-sekolah agama di Negeri Terengganu Darul Iman

1.Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Mizan Zainal Abidin

      Sejarah SMAASZA


Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) merupakan sebuah pusat pengajaran agama yang tertua di negeri Terengganu.  Meskipun penubuhannya sudah menjangkau hampir 100 tahun, namun SMAASZA telah berjaya mengekalkan ketrampilannya dengan sumbangan serta jasa bakti  kepada masyarakat Islam Terengganu.  Pelbagai ranjaudan duri telah dilalaui demi menabur bakti dan kesedaran kepada masyarakat.
Hasilnya, sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terbilang negeri, antaranya ialah Yang Amat Berhormat Tan Sri Ibrahim Fikri ( Allahyarham ), Yang Berhormat Dato' Mahmud bin Sulaiman, Dato' Seri Amar Di Raja Tan  Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Dato' Dr. Mohamed Yusof bin Haji Mohd Noor dan lain-lain lagi.

ASAL USUL

Mengimbau kembali sejarah penubuhannya, SMAASZA telah melalui beberapa peringkat proses perkembangan. Kelahirannya adalah hasil daripada kesedaran para cendikiawan berpendidikan agama selepas Perang Dunia Kedua berikutan perkembangan pesat sekolah Inggeris dan kemalapan sistem pengajian pondok. Ketidak keseimbangan ini begitu ketara dan membimbangkan sehinggalah pada tahun 1925, suatu inisiatif telah diambil dengan mewujudkan satu kelas  pelajaran agama dengan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.  Kelas ini pada mulanya ditumpangkan di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya dipindahkan ke Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu. Kelas ini dikenali dengan nama Madrasah Arabiyyah.
Pada tahun 1932, sebuah bangunan telah didirikan untuk Madrasah Arabiyyah di Kampung Ladang, Kuala Terengganu hasil dari pungutan derma orang ramai dan bantuan Kerajaan Negeri.  Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1933.Madrasah ini terus dimajukan dan dipindahkan ke Batu Buruk, Kuala Terengganu pada tahun 1958 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas SultanZainal Abidin ( SMAASZA ).
Berikut adalah ringkasan mengenai sejarah penubuhan SMAASZA.

1.   TARIKH DAN TAHUN PENUBUHAN

      1925 -  Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudian di Sekolah Melayu Bukit Jambul.
      1932 – Bangunan baru didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
      1933 – Perasmian  
      1943 – Bangunan tambahan dibina/pembesaran sekolah
      1958 – Penubuhan  SMAASZA Batu Burok (Pembahagian peringkat persekolahan)

2.    PENGASAS / TOKOH PENUBUHAN

      Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, DatukAndika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.

3.    TAPAK / LOKASI SEKOLAH

       Tapak asal adalah rumah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Amar di Raja, Kampung Batu Burok, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu.

4.    BANGUNAN SEKOLAH PERINGKAT AWAL

     Pada awal penubuhan, sekolah ini menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya berpindah ke-Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu dengan nama Madrasah Arabiah
 Pada tahun 1932  sebuah bangunan sendiri telah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.  Pada tahun 1933 (15 Rejab 1353H), majlis perasmian sekolah telah adakan dan perasminya ialah DYMM Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.  Nama sekolah adalah Madrasah Al-Sultan Zainal AbidinPada tahun 1943 (zaman pemerintahan Jepun) DYMM Sultan Sulaiman telah menghadiahkan sebuah balai Istana Maziah untuk menampung pertambahan bilangan pelajar (atas inisiatif Encik Ibrahim  Fikri bin Muhammad Tan Sri Ibrahim Fikri) Pada tahun 1952 sebuah asrama didirikan untuk tempat tinggal pelajar yang jauh dari Kuala Terengganu.Bangunan yang didirikan pada tahun 1933 dan 1943 telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru.

5.    PERKEMBANGAN DAN PENUBUHAN SMAASZA

      Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-
a.   Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun
b.   Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun
     Pelajar yang menamatkan darjah 6 sekolah kebangsaan akan dimasukkan ke pengajian Ibtidai selama 5 tahun, setelah lulus akan dianugerahkan Sijil Ibtidai dan ini membolehkan mereka me nyambung pelajaran ke peringkat Thanawi  selama 4 tahun lagi untuk memperoleh Sijil Thanawi (Sijil Thanawi ini diakui setaraf dengan Sijil Thanawi Azhar, dan pemegangnya boleh menyambung pengajian ke tahun pertama di Universiti Azhar, Mesir) Pada tahun 1958 ini juga berlaku pemindahan peringkat pembelajaran di mana bahagian Ibtidai kekal di Kampung Ladang manakala bahagian Thanawi dipindahkan ke sebuah bangunan lama di atas sekeping tanah seluas 8 ekar di Kampung Batu Burok iaitu bekas rumah Allahyarham Datuk Sri Amar Di raja, bekas Menteri Besar Terengganu yang sebelum itu dijadikan Rumah Persinggahan.Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ugama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk. (Nota: Pemindahan ini adalah hasil usaha YB Tan Sri Ibrahim Fikri yang ketika itu adalah Timbalan Menteri Besar Terengganu).  Hari ini, sekolah ini lebih dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama(Atas) Sultan Zainal Abidin atau SMAASZA. Pada tahun 1962, dua blok bangunan batu dua tingkat telah didirikan, mengandungi 16 buah bilik darjah. Pada tahun 1965 sebuah dewan yang boleh memuatkan 500 orang pelajar/guru telah didirikan untuk kegunaan perhimpunan, majlis syarahan dan sebagainya. Pada tahun 1966 sebuah bangunan batu 3 tingkat telah didirikan sebagai bangunan  tambahan.  Bangunan ini Telah dilengkapi dengan makmal sains dan sains rumah tangga serta bilik darjah. Sebuah bangunan asrama untuk pelajar puteri telah didirikan dan bangunan ini boleh menampung kira-kira 150 orang  pelajar.  

2.Sekolah Menengah Agama Maarif

     Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Agama Maarif merupakan sebuah sekolah agama yang terawal wujud di Daerah Besut. Sekolah ini telah diasaskan oleh Tuan Guru Abas bin Haji Mohamad. Nama asalnya ialah "madrasah rokki al-arif" yang diwujudkan pada tahun 1942. Al-Maarif adalah nama yang telah diberikan oleh Tuan Haji Mohamad bin Haji Awang iaitu Pengetua yang pertama. Nama tersebut diambil sempena dengan nama Madrasah Al-Maarif di Singapura yang pernah menjadi tempat beliau menimba ilmu pengetahuan.
Sukatan pelajaran berasaskan Al-Quran dan Al-Hadis. Sistem pembelajaran tersebut pada waktu itu ialah para pelajar Sekolah Melayu mempelajari pelajaran agama pada waktu petang. Terdapat juga sebahagian pelajar yang menyambung pelajaran agama di pondok-pondok yang wujud ketika itu. Antaranya ;

1. Pondok Tuan Guru Hj Omar di Kg Raja
2. Pondok Tuan Guru Hj Wan Latif di Jerteh                                  (1939)
3. Pondok Tuan Guru Hj Abas b Mohamad di Bukit Puteri                (1936)  
4. Pondok Tuan Guru Hj muhammad b Hj Hassan di Kuala Besut     (1918)


Pada 5 November 1942, lahirlah Madrasah Al-Maarif di Palembang yang merupakan sebuah bangsal yang didirikan berhampiran dengan sungai Kampung Raja. Bangsal tersebut kepunyaan Sheikh Salim yang dihadiahkan kepada penduduk kampung yang dahagakan pelajaran agama ketika itu. Kemahiran yang diajar seperti membaca, menulis, dan mengira dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan tulisan jawi.

Pentadbiran sekolah ini berada dibawah Pejabat Agama Bahagian Zakat (Pejabat Hal Ehwal Agama Terengganu) yang ditubuhkan pada tahun 1921. Diawal pembukaan, hanya seorang sahaja guru iaitu Tuan Haji Mohammad bin Haji Awang, manakala jumlah pelajar seramai 16 orang yang kesemuanya adalah pelajar lelaki. Menjelang pada tahun 1945, sekolah ini mula menerima kehadiran pelajar perempuan. Sesi pembelajaran pelajar lelaki belajar pada waktu pagi manakala pelajar perempuan belajar pada sebelah petang. Kelengkapan pembelajaran serba kekurangan kerana pelajar terpaksa bersila dengan sebuah bangku yang panjang sebagai tempat menulis. Pada akhir tahun 1944, jumlah guru bertambah seramai tiga orang.

Pendapatan para guru pada awal penubuhannya adalah sumbangan ikhlas daripada penduduk tempatan. Kemudian pendapatan guru dibayar oleh Pejabat Agama Bahagiaan Zakat. Selepas perang dunia kedua, para pelajar dikenakan yuran RM1.00 sebulan untuk membayar gaji guru.

Pada zaman pendudukan Jepun, sistem pembelajaran masih diteruskan juga. Salah seorang pelajar sekolah ini pada zaman Jepun ialah Tan Sri Salleh bin Abas (bekas Ketua Hakim Negara). Pada tahun 1946, sekolah ini berpindah ke Padang Kandis iaitu berhampiran jalan raya yang menghubungkan Jerteh ke Kuala Besut dan dikenali sebagai Asrama Datuk Bentara Luar yang berdekatan dengan Pejabat Pentadbiran dan nama "madrasah rokki al-arif telah diganti dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Agama Maarif.

Pada tahun 1973, Sekolah Menengah Agama Maarif telah berpindah sekali lagi ke tapak yang ada sekarang. Dari bangsal kayu Sekolah Menengah Agama Maarif telah berubah pada bangunan batu berjumlah 7 bangunan. Kemudahan yang ada termasuk asrama lelaki dan perempuan, dewan sekolah, surau, makmal komputer dan kantin sekolah. Jumlah pelajar juga meningkat lebih daripada 800 orang pelajar manakala jumlah guru seramai 60 orang. Mulai pada tahun 2008, Sekolah ini telah diserap ke dalam pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sekolah ini terus mencapai kejayaan demi kejayaan.
Berikut ialah Senarai Pengetua yang pernah bertugas di sekolah ini.
BilNama PengetuaTempoh Berkhidmat 
1.Haji Mohamad bin Haji Awang11.1942 - 06.06.1954
2.Encik Abd Rahman bin Omar01.06.1954 - 31.12.1954
3.Encik Wan Hassan bin Wan Ahmad  01.01.1955 - 28.02.1955
4.Puan Azizah bt Haji As'ad01.03.1955 - 10.03.1956
5.Puan Azizah bt Hashim  11.03.1956 - 09.02.1958
6.Puan Sufiah bt Abbas15.02.1958 - 31.01.1961
7.Haji Ismail bin Abdullah01.02.1961 - 14.01.1962
8.Puan Zubaidah bt Haji Mohd Ali15.01.1962 - 06.06.1963
9.Haji Salleh bin Ismail09.06.1963 - 01.01.1964
10.Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim14.01.1964 - 04.01.1975
11.Haji Wan Yusof bin Haji Wan Nik06.01.1975 - 31.12.1981
12.Haji Muhamad bin Mohd Zin02.01.1982 - 15.11.1986
13.Haji Sulaiman bin Ali15.11.1986 - 30.12.1989
14.Haji Nik Wan bin Nik Hassan01.01.1990 - 24.01.1991
15.Haji Muhamad bin Mohd Zin15.07.1991 - 31.01.1996
16.Haji Wan Yusof bin Haji Wan Nik02.05.1996 - 28.02.1997
17.Encik Hashim bin Embong09.03.1997 - 15.03.2001
18.Haji Deres bin Deraman15.03.2001 - 20.02.2005
19.Haji Abdullah Fadzil bin Haji Ismail07.03.2005 - Sekarang

3.Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun

     
     Sejarah ringkas Sekolah Menengah Agama Sultan  Ismail Dungun
Pada hari Sabtu ,26 April 1958 bersamaan dengan 7 Syawal 1377, maka lahirlah Sekolah ‘Al-arabiah’ di daerah Dungun.Dengan kelahiran sekolah agama baru ini ,maka bererti satu lagi  pusat pengajian Islam bertambah di negeri ini .
Sekolah ini di tubuhkan oleh jawatankuasa yang di bentuk di pengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Dungun pada ketika itu ,iaitu Yang Berbahagia Tuan Bachik  bin Abd Jalil , yang kemudiannya bergelar Dato’ Aria Negara .Apabila kita memperkatakan tentang kemajuan sekolah ini ,maka sudah tentu kita tidak dapat melupakan usaha-usaha murni pihak tertentu dalam melaksanakan  pembinaan  sekolah baru ini .
Pada peringkat awal , sekolah ini hanya mempunyai  pelajar seramai 94 orang ( 48  lelaki dan 46 perempuan ) dengan seorang guru merangkap  Pengetua sekolah ini , iaitu  Ustaz Lop Yusof  bin A.Rahman.Pada bulan  Julai yang bertarikh  24 haribulan , bersamaan dengan 9 Muharram   13 78 , iaitu setelah 3 bulan  sekolah ini menjalankan pentadbirannya ,maka satu upacara pembukaan  rasmi sekolah ini telah di sempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia  Al –Marhum Sultan  Ismail  Nasiruddin Shah ,Sultan Terengganu  Darul Iman . Sempena nama baginda sendiri ,maka pada detik  yang penuh bersejarah itu , sekolah ini telah di perkenalkan secara rasminya  dengan nama  “ Sekolah Ugama Sultan Ismail Dungun” .

Pembangunan Fizikal

Kerajaan negeri melalui Jabtan Hal Ehwal Agama  Terengganu ( JHEAT ) ,Bahagian Pendidikan telah membekalkan ramai guru siswazah   dan bukan siswazah , peralatan pejabat  dan kelengkapan  sekolah semasa ia masih bertaraf  sekolah rakyat ,kini Sekolah Menengah Agama Sultan Ismai telah mempunyai  beberapa blok bangunan  baru tiga tingkat  yang mula di gunakan  pada tahun  1986 lalu , Dua blok bangunan  baru tiga tingkat  untuk kegunaan sekolah dan pejabat  , dua blok  tiga tingkat asrama putera dan puteri , dan satu  kantin  baru yang amat selesa , satu dewan besar di samping  bangunan –bangunan yang sedia ada .
Sebagai  sebuah sekolah aliran agama yang tunggal di daerah ini , sambutan  orang ramai  amat menggalakan .Semenjak sekolah ini mula di buka  hingglah sekarang , bilangan  pelajarnya sentiasa bertambah .Dan pada masa ini  berjumlah 805 lelaki dan pelajar perempuan  dengan 66 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada pelbagai kategori .



Pembangunan Akademik

Kemasukan  pelajar  bukan sahaja dari daerah  Dungun  dan negeri Terengganu  ,malahan  juga dari daerah lain , pada mulanya sekolah ini menggunakan  system pelajaran  aliran  Arab Ibtida’l  dan Thanawi  .Tetapi  di sebabkan  perubahan masa , sehingga  sekarang  menggunakan Kurikulum  Kementerian Pendidikan .Pada tahun 1968 ,bermulalah pengajian Sijil Rendah Pelajaran dengan Sijil Ibtida’l  .Sementara pengajian Sijil Pelajaran Malaysia  hanya bermula pada tahun 1981 .Walaubagaimanapun ,mata pelajaran Bahasa Arab  dan Agama tetap di berikan penekanan  sebagai  persediaan  memasuki  aliran  Thanawi Di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainai Abdin ,Kuala Terengganu .Begitu juga Kolej Agama Sultan Zainal Abidin ,Universiti Islam  Antarabangsa (UIA ) ,Universiti –university Timur Tengah  serta Maktab Penguruan  Islam Bangi
Pelajar –pelajar dari sekolah  ini Berjaya  dengan cemerlang  dalam peperikasaan  PMR , dan  SPM ,telah berjaya menyambung  pelajaran  mereka ke Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal  Abidin ,Kolej  Sains Pendidikan  Islam Terengganu .KOSPINT serta beberapa  buah Sekolah Menengah  Agama Berasrama Penuh di seluruh Malaysia .Selain dari itu ,ramai pelajar yang berjaya menyambung pelajaran mereka ke universiti-universiti tempatan dan luar negeri
Dalam bidang ko-kurikulum ,sekolah ini juga tidak ketinggalan  berbanding dengan sekolah agama atau sekolah kementerian yang lain .Malah merupakan perintis  untuk beberapa kegiatan  tertentu .Misalnya ,pembelajaran  computer  di mana sekolah adalah salah sebuah sekolah percubaan .Buat masa ini makmal computer  dapat di jalankan pada setiap petang .Sekolah ini juga merupakan sekolah yang pertama menubuhkan koperasi sekolah yang berdaftar
Dengan memperkenalkan mata pelajaran  Kemahiran Hidup  ,pelajar –pelajar menengah rendah telah di beri  pendedahan awal tentang pertukangan tangan, jahitan serta teori –teori asas kemahiran  psicomotor .Adalah di harapkan pendedahan  teknologi  seperti kemahiran  komputer ,pertukangan  tangan ,jahitan akademik ,  dan pengetahuan agama  dapat membina pelajar  menjadi ihsan yang bertakwa serta berguna  kepada agama , bangsa dan Negara Insyallah ..

4.Sekolah Menengah Agama Ittifakiah

BendaTaksiran
NamaSMA Ittifakiah
Nama PanjangSekolah Menengah Agama Ittifakiah
AlamatJalan Hj Wan Abdul Latif
BandarJerteh
Poskod22000
NegeriTerengganu
No.Telefon Sekolah096972244
No.Fax Sekolah096902400
Kod SekolahTFT0002
PPDPPD Besut
Sesi PembelajaranPagi
JantinaLelaki dan Perempuan
KaumMelayu

5.Sekolah Menengah Agama Khairiah

          Sekolah Menengah Agama Khairiah atau nama ringkasnya SMA Khairiah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Jalan Sultan Omar , Kuala Terengganu , Malaysia
     Sekolah Menengah Agama Khairiah mula diasaskan pada 8 Sept 1942 di beranda Masjid Hiliran, Kuala Terengganu oleh Ustaz Hj. Ahmad Fuad dan Ustaz Ahmad Zaki bin Salleh Al-Masri. Perasmiannya telah dilakukan oleh DYMM Sultan Sulaiman pada hari Jumaat, 05 Mac 1943. Kemudiannya Madrasah Al-Khairiah dipindahkan kawasan dekat Masjid Hiliran yang telah dikhairatkan dua buah rumah oleh Dato' Andika DiRaja dan En. Mohd. Ali Awang Besar. Pada awal 1953 SMA Khairiah dikhaskan kepada pelajar-pelajar perempuan sahaja sehingga kini.

Pada 29 April 1959 Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu telah membeli rumah daripada Tuan Hj. Kassim bin Omar di Gong Kapas, Kuala Terengganu. Pada 06 April 1961, mula dipindahkan ke bangunan baru di Gong Kapas. Pembukaan rasmi pada 27 Mei 1961 oleh DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan Terengganu. Pembesaran kawasan sekolah dari semasa ke semasa dilakukan dengan pengambilan tanah oleh kerajaan iaitu Bengkel Jahitan MARA.

6.Sekolah Menengah Agama Mahmudiah

     SEJARAH SMA MAHMUDIAH

Sekolah Menengah Agama Mahmudiah atau nama ringkasnya SMA Mahmudiah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Km 38, Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu , Kuala Berang , Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Mahmudiah memiliki 400 pelajar lelaki dan 502 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 902 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.

Sek Men Agama Mahmudiah merupakan satu-satunya sekolah menengah agama yang terdapat di Hulu Terengganu.Sekolah ini telah melahirkan ramai pemimpin masyarakat yang berwibawa antaranya Dato' Mohd Said, Dato' Tengku Putera, Hassan Ali, Dato'Dr Abdullah Sulong dan lain-lain

7.Sekolah Menengah Agama Al Falah

    Sejarah SMA AL FALAH

Sekolah Menengah Agama Al-Falah diasaskan dengan kerjasama dari orang-orang kampung. Dari sini terbentuknya sebuah jawatankuasa untuk mendirikan sekolah ini. Derma-derma dikutip daripada orang ramai bertujuan untuk mendirikan bangunan sekolah. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato' Khalid bin Haji Abdul Rahman dan beberapa ahli jawatankuasa, antaranya ialah Sheikh Omar, Pak Su Kar, Haji Wan Yahya dan lain-lain.

Melalui sepakat yang padu, jawatankuasa bersetuju membeli sebuah rumah dari Kampung Patoh, Hulu Kemaman untuk dijadikan sekolah. Setelah rumah itu dialih, ia dibawa ke tapak sekolah melalui Sungai Kemaman. Perjalanan melalui sungai ini mengambil masa selama satu hari. Tapak asal sekolah ini merupakan kawasan hutan paya dan semak samun.

Setelah selesai didirikan semula rumah ini, sekolah ini diberi nama "Madrasah Al-Falah". Pada awal penubuhan sekolah ini, hanya terdapat seorang sahaja guru iaitu Ustazah Hajjah Sepiah binti Abas dari Sumatera (kini berada di Kuala Terengganu). Sambutan pada peringkat awal adalah sangat menggalakkan dari kaum ibu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Pada tahun pertama, lebih kurang enam puluh orang murid yang kesemuanya perempuan. Bahasa pengantar pada masa itu ialah Bahasa Arab.

Guru yang pertama merupakan seorang guru yang berpengalaman kerana beliau pernah bertugas di Pasir Mas, Kelantan. Setelah sebelas tahun berada di Kelantan, beliau berhajat untuk pulang ke Sumatera tetapi belum sempat berbuat demikian, beliau bertemu dengan Dr. Burhanuddin Helmi. Dr. Burhanuddin Helmi telah memujuknya supaya tinggal di Terengganu dan mengajar di sini. Beliau bersetuju untuk mengajar dan telah ditempatkan di Madrasah Al-Falah.

Melalui kesedaran yang mendalam di kalangan penduduk terhadap agama, maka ramailah anak-anak mereka dihantar ke sekolah ini. Setelah beberapa tahun sekolah ini ditubuhkan barulah pelajar lelaki diambil belajar di sini. Ramai di antara bekas pelajar telah berjaya dalam pelajaran dan bertugas dengan pemerintah.

Perkembangan sekolah ini terus maju ke hadapan dan pada 8 Februari 1944 sekolah ini dibuka dengan rasminya.

8.Sekolah Menengah Agama Marang

          Sejarah SMA Marang


PENGENALAN
Pada 6 September 1965, telah diadakan satu perjumpaan di rumah UMNO Marang.Satu penubuhan Jawatankuasa Penaja Sekolah Arab Marang telah dilantik dan ianya terdiri daripada :

BIL NAMA JAWATAN   
1 Yang Berhormat Encik Nordin Bin Hj Mohd Yang Dipertua   
2 Encik Othman Bin Yaakob Naib Yang Dipertua   
3 Encik Shafie Bin Abdul Ghani Setiausaha   
4 Tuan Haji Hassan Bin Abdul Ghani Bendahari   
5 Encik Abdul Rahman Bin Long Ahli Jawatankuasa   
6 Encik Abdul Majid Bin Ali Ahli Jawatankuasa   
7 Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Said Ahli Jawatankuasa   
8 Tuan Haji Ibrahim Bin Haji Ahmad Ahli Jawatankuasa   
9 Yang Mulia Syed Omar Bin Abdul Rahman Ahli Jawatankuasa   
10 Encik Muda Bin Kastam Ahli Jawatankuasa   
11 Encik Sulong Bin Hassan Ahli Jawatankuasa 

16 November 1956
Mesyuarat Jawatankuasa ini mengambil keputusan memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk menubuhkan sebuah sekolah arab di Marang. Jawatankuasa ini berjaya mendapatkan bangunan di kawasan Balai Polis Marang untuk dijadikan bangunan sekolah ini.
1 Julai 1958
Tertubuhnya Sekolah Menengah Agama Marang dengan 40 orang pelajar dan seorang guru iaitu Ustaz Haji Wan Abdul Rahman Bin Long
12 Julai 1963
Bangunan baru (di tapak sekarang) mula digunakan
12 Julai 1964
Sekolah dirasmikan oleh Bekas Menteri Besar Terengganu iaitu Allahyarham Datuk Ibrahim
Tahun 1970
Guru Besar kedua telah dilantik pada 12 Januari 1970 iaitu Haji Mohd Noor Bin Haji Umat
Tahun 1973
Guru Besar ketiga telah dilantik pada 20 Februari 1973 iaitu Haji Mohd Salleh Bin Hasan
Tahun 1976
Sebuah asrama puteri dan bangunan makmal telah dibina dan mula digunakan pada tahun 1977
Tahun 1978
Sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 8 bilik darjah dan makmal telah dibina. Siap pada akhir tahun 1982
Tahun 1989
5 buah bangunan baru telah dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah iaitu asrama puteri, bangunan sekolah 3 tingkat (blok C), kantin asrama dan 2 buah rumah guru serta padang bola sepak
Tahun 1990
Hanya satu sesi pembelajaran diwujudkan setelah bangunan baru siap pada akhir tahun 1989 yang mana sebelum ini dua sesi iaitu pagi (Tingkatan 3-5) dan sesi petang (Tingkatan 1&2)
Tahun 1992
Bengkel kemahiran hidup, bangunan sekolah 4 tingkat, Bilik Komputer, Bilik Sumber dan Bilik Pengawas mula digunakan sepenuhnya
Tahun 1993
Bilangan guru di Sekolah Menengah Agama Marang adalah seramai 56 orang, terdiri daripada 20 orang guru lelaki dan 36 guru perempuan.Manakala pelajarnya pula ialah seramai 921 orang

9.Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang

     Sejarah SMASZA Ladang

Tarikh Penubuhan 

1925 - Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga, kemudian berpindah dan menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol
1932 - Bangunan baru sekolah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
1933 - Perasmian bagunan sekolah yang baru
1943 - Bangunan tambahan dibina / pembesaran sekolah
1958 - Penubuhan SMAASZA Batu Burok (pengasingan peringkat persekolahan)


Pengasas/Tokoh Penubuhan

Sekolah ini ditubuhkan pada 1925, hasil kesedaran orang ramai dan respon terhadap sekolah aliran Inggeris, Sultan Sulaiman English School yang ditubuhkan pada 1920. Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.

Pada peringkat awal, kelas diadakan menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga 1925, kemudian menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol bermula tahun 1932. Manakala pelajaran bahasa Inggeris diadakan di dalam satu bilik di Istana Maziah, bermula 1923.

Satu inisiatif pembinaan bangunan tetap dimulakan oleh golongan berpendidikan agama, dan peletakan batu asas sekolah dilakukan oleh Baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada pagi ahad 13 November 1932 dalam satu istiadat bersejarah. Pembinaan bangunan adalah hasil derma khairat orang ramai.

Perasmian sekolah ini secara rasminya pada 4.00 petang khamis 30 Ogos 1934, oleh baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sekolah ini secra rasmi menggunakan nama ‘Madrasah Sultan Zainal Abidin Al-Arabiah,' sempena nama ayahanda baginda Al Marhum Sultan Zainal Abidin III yang menjadi ikon penddidikan.

Pemisahan menengah atas

Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-

Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun
Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun
Pelajar yang menamatkan darjah 6 sekolah kebangsaan akan dimasukkan ke pengajian Ibtidai selama 5 tahun, setelah lulus akan dianugerahkan Sijil Ibtidai dan ini membolehkan mereka me nyambung pelajaran ke peringkat Thanawi selama 4 tahun lagi untuk memperoleh Sijil Thanawi (Sijil Thanawi ini diakui setaraf dengan Sijil Thanawi Azhar, dan pemegangnya boleh menyambung pengajian ke tahun pertama di Universiti Azhar, Mesir)

Pada tahun 1958 ini juga berlaku pemindahan peringkat pembelajaran di mana bahagian Ibtidai kekal di Kampung Ladang manakala bahagian Thanawi dipindahkan ke sebuah bangunan lama di atas sekeping tanah seluas 8 ekar di Kampung Batu Burok iaitu bekas rumah Allahyarham Datuk Sri Amar Di raja, bekas Menteri Besar Terengganu yang sebelum itu dijadikan Rumah Persinggahan.

Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk atau ringkasnya adalah SMAASZA pada hari ini.


Pengembangan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin

Pada 22 Oktober 1980, kerajaan Negeri Terengganu meluluskan Enakmen Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Enakmen Bil. 3 1981) bagi penubuhan sebuah kolej Universiti. Kumpulan pertama mahasiswa KUSZA memulakan pengajian dan ditempatkan di Sekolah Menengah Agama (ATAS) Sultan Zainal Abidin di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kolej itu dinamakan sebagai Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin atau KUSZA.

KUSZA kemudiannya ditempatkan di Jalan Hiliran Kuala Terengganu pada tahun 1981 sebelum berpindah ke kampus tetap di Gong Badak, Kuala Terengganu pada akhir Disember 1982. Kampus KUSZA seluas 144 hektar telah diletakkan batu asasnya oleh Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah pada 17 Mac 1981. Pustakawan pertama mula berkhidmat pada bulan Oktober 1982.

Pada 2006, KUSZA telah dinaiktarafkan sebagai Universiti penuh. Untuk waktu yang singkat, ia dinamakan semula sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) namun, ditukar kembali kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 2010.


Akademi

Pakaian seragam lengkap harian pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abdin Ladang adalah kemeja putih, seluar panjang putih, kasut hitam, talipinggang hitam dan songkok hitam. Pelajar diwajibkan memakai tali leher dengan logo sekolah bwarna hijau.


10.Sekolah Menengah Agama Setiu


     Sekolah Menengah Agama Setiu atau nama ringkasnya SMA Setiu, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Putera Jaya , Permaisuri , Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Setiu memiliki 287 pelajar lelaki dan 278 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 565 orang. Ia mempunyai seramai 38 orang guru.

No comments:

Post a Comment